Thursday, 27 December 2012

Alexander Graham Bell

Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922) ialah seorang saintis, pencipta dan pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga digelar "bapa orang-orang pekak". Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.Kajian Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.
Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli pengasas Persatuan National Geographic. Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau. Sewaktu Bell meninggal dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi mewujudkan telefon."

Ciptaan pertama

Semasa kanak-kanak, Alexander Graham Bell menunjukkan sifat ingin tahu semulajadi terhadap dunianya, mengumpul contoh botani dan melakukan ujikaji pada usia muda. Sahabat baiknya adalah Ben Herdman, jiran yang keluarganya mengendali kilang mengisar tepung, tempat banyak penjelajahan. Aleck yang muda bertanya apa yang perlu dilakukannya di kilang tersebut. Dia diberitahu bahawa gandum perlu dikupas melalui proses yang memenatkan dan pada usia 12, Bell membina peranti buatan sendiri yang menggabungkan dayung berputar dengan set berus paku, mencipta mesin pengupas yang digunakan secara berterusan selama beberapa tahun. John Herdman memberikan peluang kepada mereka untuk memulakan kajian di dalam sebuah bengkel yang kecil sebagai ganjaran.
Sejak awal lagi, Bell menunjukkan sifat sensitif dan bakat bagi seni, syair dan muzik yang diwarisi daripada ibunya. Tanpa latihan rasmi, dia menguasai piano dan menjadi pemain piano keluarganya. Sungguhpun pada kebiasaannya senyap dan pendiam, dia menggemari mengajuk dan "helah suara" menyamai ventriloquism yang menghibur pelawat keluarganya. Bell juga amat terasa apabila keadaan ibunya beransur-ansur menjadi semakin pekak, (ibunya mula kehilangan pendengaran semasa dia berusia 12 tahun) dan belajar bahasa jari manual agar dia boleh duduk disamping ibunya dan mengetuk secara diam-diam perbualan sekitar ruang tamu keluarga. Dia turut membangunkan teknik untuk bertutur dalam ton jelas "modulated" terus pada dahi ibunya dari mana ibunya mampu mendengar perkataannya dengan agak jelas. Keasyikan Bell dengan kehilangan pendengaran ibunya mendorong dia mengkaji akustik.
Keluarganya telah lama berkecimpung dengan mengajar ("elocution"): datuknya, Alexander Bell, di London, bapa saudaranya di Dublin, dan bapanya, di Edinburgh, kesemuanya "elocutionists". Bapanya menerbitkan pelbagai karya berkenaan tajuk tersebut, beberapa darinya masih dikenali ramai, terutama The Standard Elocutionist (1860) Mackay 1997, , yang muncul di Edinburgh pada 1868. The Standard Elocutionist muncul dalam 168 edisi British dan dijual lebih suku juta di Amerika Syarikat sahaja. Dalam treatise ini, bapanya menjelaskan kaedahnya mengajar orang yang bisu dan pekak ("deaf-mute") (sebagaimana mereka dikenali semasa itu) untuk menghasilkan perkataan dan membaca pergerakan bibir orang lain bagi menafsir erti. Bapa Aleck mengajar dia dan adiknya bukan sahaja menulis "Visible Speech" tetapi turut mengenal pasti sebarang simbol dan bunyi yang mengiringinya. Aleck menjadi begitu mahir sehinggakan dia menjadi sebahagian pertunjukkan awam bapanya dan mengkagumkan penonton dengan keupayaannya menafsir bahasa Latin, bahasa Gaelic dan malah simbol Sanskrit.

Pendidikan

Sebagai seorang kanak-kanak, Bell, seperti abang-abangnya, dia telah menerima pembelajaran di rumah oleh ayahnya. Walaubagaimanapun, pada

pada usia yang muda, dia yang telah memasuki Royal High School, Edinburgh, Scotland, telah keluar pada usia 15 tahun dengan hanya

menyiapkan empat borang pertama. Keputusan sekolahnya hancur, ditanda kerana ketidakhadiran

dan markah yang tercorot. Minat utamanya masih kekal dalam sains, terutamanya subjek Biologi, sedangkan subjek sekolah yang lain dilayan dengan berbeza, demi mengecewakan permintaan ayahnya. Sejurus dia meninggalkan sekolah, dia telah mengembara ke London untuk tinggal bersama atuknya, Alexander Bell. Sepanjang tahun dia luangkan bersama datuknya, perasaan suka belajar telah lahir, disebabkan menghabiskan masa yang berjam dalam perbincangan dan pembelajaran yang serius.

Bell yang lebih dewasa mengambil usaha-usaha yang baik supaya ada pelajar mudanya belajar untuk bercakap dengan jelas dan berkeyakinan, ciri-ciri itulah yang diperlukan oleh pelajarnya untuk menjadi seorang guru untuk diri sendiri. Pada usia 16, Bell mendapat kedudukan sebagai seorang "pelajar-guru" untuk sastera dan muzik, di Weston House Academy, Elgin, Moray, Scotland. Walaupun dia telah mendaftar sebagai seorang pelajar untuk Latin dan Greek, tetapi dia sendiri telah mengarah untuk beberapa kelas sebagai balasan kepada lembaga dengan £10 setiap sesi. Pada tahun berikutnya, dia memasuki University of Edinburgh; mengikuti abangnya Melville yang telah mendaftar pada tahun sebelumnya. Pada 1868, tidak lama selepas dia bertolak ke Kanada bersama keluarganya, Aleck telah telah menyiapkan peperiksaan matrikulasi dan telah diterima kemasukanya ke University of London.  --Eriza (bincang) 16:34, 5 Disember 2011 (UTC)

Monday, 3 December 2012

Marikh / Mars

Marikh merupakan planet ke-4 dari matahari dalam Sistem Suria dan dinamakan sempena nama Dewa Peperangan Tamadun Rom (Dewa Peperangan Tamadun Yunani sedarjatnya: Ares) disebabkan warna kemerahannya di langit pada waktu malam. Ia mempunyai 2 bulan iaitu Phobos dan Deimos. Setiap satu bulan tersebut menyerupai asteroid. Planet ini juga merupakan salah sebuah planet dari 8 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planet dengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
57.9 juta kilometer ke Utarid,
108.2 juta kilometer ke Zuhrah,
149.6 juta kilometer ke Bumi,
227.9 juta kilometer ke Marikh,
778.3 juta kilometer ke Musytari,
1,427.0 juta kilometer ke Zuhal,
2,871.0 juta kilometer ke Uranus,
4,497.0 juta kilometer ke Neptun,
5,913.5 juta kilometer ke Pluto.

Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planet Marikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang.

Segi Fizikal

Marikh senantiasa mengagumkan penduduk Bumi kerana warna kemerahannya dipenuhi misteri. Marikh hanya mempunyai keluasan 25% permukaan Bumi dan hanya 10% jisim Bumi (walau bagaimanapun keluasan daratan Bumi adalah sama dengan keluasan daratan Marikh). Atmosfera Marikh amat nipis dan tekanan atmosferanya hanya 750 Pa (kira-kira 0.75% purata di Bumi). Komposisi atmosfera Marikh adalah 95% karbon dioksida, 3% nitrogen, 1.6% argon dengan sedikit sahaja kandungan oksigen dan air. Pada tahun 2003, metana telah dikesan dalam atmosfera Marikh oleh teleskop Bumi dan telah disahkan (secara tidak rasmi) pada Mac 2004 oleh prob: Mars Express Orbiter. Kehadiran metana memang aneh disebabkan metana bukannya gas adi serta menunjukkan kemungkinan adanya punca gas tersebut di planet Marikh. Aktiviti gunung berapi, hentaman komet dan kehadiran kehidupan seni (mikroorganisma) seperti metanogen di planet ini masih belum dibuktikan lagi.
Marikh mempunyai tempat penting dalam imaginasi manusia disebabkan dipercayai ada makhluk hidup di Marikh yang dinamakan sebagai Martian (bahasa Inggeris). Ini disebabkan perjumpaan "terusan Marikh" oleh Percival Lowell. Beliau menyatakan ia merupakan struktur buatan oleh penduduk planet Marikh dan perubahan kegelapan/kecerahan yang telah menyebabkan beliau percaya ada pertumbuhan vegetatif di Marikh. Di situ berpuncanya cereka tentang makhluk planet Marikh. Sekarang, pemerhatian Percival Lowell telah dikatakan tersesat dan dilabelkan sebagai paritan lama akibat pergerakan air pada zaman dahulu-kala.
Pada tahun 2000, terdapat penyelidikan terhadap meteorit yang dikatakan mempunyai fosil hidupan purba Marikh. Sehingga tahun 2004, kehidupan di planet Marikh masih tidak mendapat jawapan yang tetap dan tepat.Mengikut kajian, pada tahun 2003 planet ini telah berubah putarannya sehingga kini. Perubahan putaran ini telah menyebabkan pelbagai kesan kepada bumi, antaranya pelbagai perubahan cuaca dan sebagainya.

Segi Topografi

Keadaan topografi Marikh memang sejenis: gurun di Utara yang diratakan oleh lahar yang berbeza dengan tanah tinggi Selatan, yang dipenuhi kawah. Permukaan Marikh yang dipandang dari Bumi di bahagikan kepada 2 kawasan, dengan albedo yang berbeza. Kawasan yang lebih cerah diselimuti dengan debu dan pasir kemerahan (akibat ferum oksida) yang pernah dianggap sebagai benua dan diberikan nama seperti Arabia Terra (tanah Arab). Ciri-ciri gelap pernah dianggap sebagai lautan; ciri gelap terbesar yang dilihat dari Bumi bernama Syrtis Major.
Planet Marikh mempunyai kutub yang mengandungi air beku dan karbon dioksida. Olympus Mons (iaitu Gunung Olympus) merupakan sebuah gunung berapi yang tidak aktif dan mencapai ketinggian 27km, gunung yang tertinggi dalam sistem suria. Gunung berapi tersebut berada dalam kawasan tanah tinggi Tharsis, bersama dengan beberapa gunung berapi yang lain. Di samping itu, lembah Valles Marineris ataupun 'Parut Marikh' ialah lembah terbesar di sistem suria kita, dengan panjang 4000km dan kedalaman berukur 7km.

# SUMBER : WIKIPEDIA #

Rowan Atkison / Mr.Bean

Rowan Atkinson dilahirkan di Newcastle-upon-Tyne, England pada 6 Januari 1955 dan merupakan anak kepada Ella May & Eric Atkinson yang bekerja sebagai petani di Durham. Beliau merupakan pelajar pintar yang menuntut di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik dan meneruskan sarjana tingginya di Universiti Oxford dalam bidang sains.
Sedari zaman persekolahannya lagi, beliau yang terkenal menerusi rancangan komedi, Mr. Bean sudah mula menunjukkan minat berlakon apabila acapkali berlakon dalam persembahan teater sekolah. Menerusi Festival Edinburgh Fringe pada tahun 1976 & Oxford University Dramatic Society (OUDS) , beliau berpeluang bekerjasama dengan penulis, Richard Curtis dan komposer, Howard Goodall. Malah, sehingga kini mereka masih lagi bekerjasama.

Kejayaan yang diperoleh menerusi kerjasama beliau dengan Angus Deayton dalam rancangan-rancangan berunsur komedi telah membuka jalan kepadanya untuk menceburi bidang penulisan & radio. Walaupun pernah ditawarkan siri televisyen sendiri, beliau menolak tawaran berkenaan. Beliau bekerjasama dengan John Lloyd menerusi “Not The Nine O’Clock News” dan kejayaan rancangan tersebut membawanya berlakon sebagai Edmund Blackadder menerusi “The Black Adder” pada 1983. Kreativiti beliau makin terserlah menerusi “Mr. Bean” dan kerana rancangan komedi inilah beliau dikenali sebagai Charlie Chaplin moden. Malah, nama Mr. Bean beliau lebih dikenali berbanding nama sebenar beliau. Siri komedi ini yang banyak menggunakan mimik muka dan pergerakan badan membuatkan ia diangkat sebagai filem iaitu “Mr. Bean” & “Mr. Bean’s Holiday”.

Beliau membintangi siri rancangan komedi untuk BBC Radio 3 pada tahun 1978 yang dikenali "Atkinson's People". Rancangan bercorak temubual secara satira dengan watak-watak fiksyen yang dimainkan oleh Atkinson sendiri. Siri ini ditulis oleh beliau dan Richard Curtis manakala Griff Rhys Jones bertindak selaku penerbit.

Kisah Botak Chin

Kehidupan awal

Botak Chin dilahirkan dalam sebuah keluarga yang mempunyai 10 beradik di Kuala Lumpur pada tahun 1951. Bapanya ialah pesara jabatan kereta api yang menghantarnya ke sekolah rendah jenis kebangsaan Cina di Sentul Pasar dan kemudian ke sekolah Inggeris.
Dia berhenti sekolah pada usia 15 tahun dan bekerja sebagai pembantu di pasar borong Jalan Tun Ismail selama setahun. Di sinilah, Botak Chin terpengaruh dengan kegiatan jenayah dan menyertai kongsi gelap (Geng 360) yang menguasai kawasan itu.
Selepas emaknya meninggal dunia, dia lebih suka tinggal di rumah kawan-kawannya dan terbabit dalam jenayah kecil-kecilan seperti mencuri. Kagum dengan kehebatan rakannya sebagai gangster, dia berpakat bersama tiga rakannya (dua daripada mereka memiliki pistol) melakukan rompakan pertama pada 19 April 1969.

Geng sendiri

Botak Chin kemudian memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan gengnya sendiri dan melakukan lapan rompakan pada September 1969. Kegiatan itu berjaya ditumpaskan. Botak Chin ditahan dan dihukum tujuh tahun penjara, tetapi dibebaskan pada November 1974.
Dia cuba menjadi seperti orang lain, tetapi pendapatan sebagai penjual sayur tidak memuaskan hatinya. April 1975, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chin) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Sebulan kemudian, Botak Chin pergi ke Thailand dan dengan bantuan rakannya, dia membeli senjata api. Botak Chin tidak menunggu lama dan pada 2 Jun, sebuah pusat perjudian haram di Sentul dirompak RM5,800. Dengan duit itu, dia pergi lagi ke Thailand membeli lapan senjata api, menjadikan kesemuanya sebanyak 11 serta 100 butir peluru.
Kawasan lombong tinggal di Kepong menjadi medan dia berlatih menembak dengan anjing liar sebagai antara sasaran tembakan. Botak Chin berasa cukup hebat dan secara terang-terangan mempamerkan senjata apinya di pasar Sentul. Orang yang melihat tidak berani berkata apa-apa kerana takut menjadi mangsa balas dendam.
Pada 20 Julai, sebuah bank di Jalan Imbi menjadi sasaran rompakan dan RM95,000 berjaya dilarikan. Dengan RM25,000 sebagai bahagiannya, Botak Chin membeli sebuah kereta Datsun dan melalui rakannya, dia membayar RM3,600 sebagai deposit. Tetapi tidak diketahui sama ada dia membayar ansuran bulanan selepas itu.
Sebuah kuil Cina di Jalan Kolam Ayer kemudian menjadi sasaran. Beberapa pemain mahjung dirompak RM10,000 selain barang kemas dan barang berharga lain.
Kemunculan semula Botak Chin dengan siri rompakannya mendapat perhatian polis dan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S Kulasingam ditugaskan memburunya hingga ke lubang cacing.[1]
Kesukaran mendapatkan senjata api baru menyebabkan Botak Chin menjadikan anggota polis sebagai sasaran. Dia merampas tiga pistol milik tiga anggota polis dan ketika merompak sebuah bar di Sentul, merampas senjata api pengawal keselamatan. Ketika merompak Kelab Kereta Api Sentul selepas itu, dia mencabar sesiapa di situ untuk beradu kehandalan menembak ala koboi.
Pasukan polis terus memburunya dan pada September, polis mengesan kereta Alfa Romeo curi yang dinaiki Botak Chin dan anggotanya. Di Segambut Dalam, selepas dikejar sejauh 3.2 kilometer dan dihujani tembakan polis, kereta itu berhenti dan Botak Chin segera menyelinap di kawasan setinggan di situ. Dalam keadaan kelam kabut, mereka tertinggal sepucuk .38 revolver. Botak Chin bersama anggotanya, termasuk seorang yang cedera ditembak berjaya melepaskan diri dengan merampas sebuah kereta Volvo milik seorang pegawai bank.
Pada 25 September, orang kanannya, Chau Kuan (Ah Kuan) ditembak mati di sebuah kedai runcit di Jalan Kovil Hilir, tetapi ini tidak menghalang dia terus melakukan rompakan.
Rompakan terbesar ialah pada 26 Oktober 1975. Dia merampas RM218,000 selepas menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda. Hasil agihan sebanyak RM40,000, Botak Chin pergi lagi ke Thailand membeli senjata api menjadikannya memiliki 19 senjata api, lima bom tangan dan kira-kira 1,000 peluru.
Bagaimanapun, kedudukan Botak Chin sebagai ketua mula terancam apabila ada yang cuba mencabarnya. Dia bertindak cepat dan beberapa hari kemudian, Tua Pui Lek (ketua geng Lima Jari Gunung) dan anggota gengnya sendiri, Ah Wong, ditemui mati ditembak di kawasan lombong tinggal di Jinjang. Seorang lagi orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung polis di Jalan Alor.
Awal tahun 1976, Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap. Polis juga merampas 15 senjata api, peluru dan bom. Ssterusnya selepas perancangan rapi polis, akhirnya Botak Chin sendiri terjerat pada malam 16 Februari 1976.
Setahun selepas ditangkap, Botak Chin mencatat sejarah sebagai orang pertama mengaku bersalah apabila didakwa mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori. Peguamnya, Jagjit Singh, membuat rayuan terhadap hukuman itu hingga peringkat Majlis Privi yang mengenepikan penghakiman dan hukuman mati itu serta mengarahkan perbicaraan semula.
Botak Chin dibicara semula pada 1 April 1980 dan ketika inilah dia mendakwa sebagai Robin Hood moden, merompak orang kaya untuk menolong orang miskin. Ada juga yang berpendapat bahawa namanya- 'Botak' Chin- sebenarnya merupakan akronim untuk "Bantu Orang Tak Ada Kerja"[2]. Menurut pakar psikiatri dan bekas pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tan Sri Dr M. Mahadevan, Botak Chin merupakan seorang jenius sesat ("Misguided genius"). Inilah kesimpulan beliau setelah menjalankan pemeriksaan kesihatan mental untuk menentukan sama ada Botak Chin cukup waras untuk dibicara di mahkamah[3]. Botak Chin akhirnya didapati bersalah pada 16 Mei 1980 dan rayuannya kepada Mahkamah Persekutuan ditolak pada 23 September. Rayuan kepada Lembaga Pengampunan juga ditolak. Ketika menunggu dihukum gantung, dua kali Botak Chin menyerang pegawai penjara.
Ketika berusia 28 tahun, riwayat Botak Chin sebagai penjenayah ganas dan kejam berakhir di tali gantung di Penjara Pudu[4] pada 11 Jun 1981. Ironinya ialah Botak Chin akhirnya dijatuhkan hukuman gantung sampai mati sebab memiliki senjata api, dan bukan atas tuduhan bunuh.

# SUMBER : WIKIPEDIA #

Sunday, 2 December 2012

Burj Khalifa

Burj Khalifa (Bahasa Arab: برج خليفة‎ "Menara Khalifa"), dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai, ialah sebuah pencakar langit teramat tinggi yang didirikan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, dan juga struktur binaan manusia tertinggi yang pernah dibina dalam sejarah, pada 828 m (2,717 ka). Pembinaan bermula pada 21 September 2004, sehingga struktur luarannya disiapkan pada 1 Oktober 2009 dan dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010. Bangunan ini merupakan sebahagian porjek pembangunan besar-besaran seluas 2 km2 (490-ekar) yang dikenali sebagai Downtown Burj Khalifa di "Persilangan Pertama" di sepanjang Jalan Sheikh Zayed, berhampiran kawasan perniagaan utama Dubai. Skidmore, Owings dan Merrill, LLP (Chicago) merupakan jurubina dan jurutera menara ini. Bill Baker, Ketua Jurutera Struktur projek ini, mencipta sistem struktur teras bersagang untuk membolehkan menara ini mencapai ketinggian luar biasa sambil berjimat cermat. Adrian Smith yang bekerja bersama Skidmore, Owings dan Merrill (SOM) sehingga tahun 2006, bertugas selaku Rakan Rekabentuk dalam projek ini.
Pembina utamanya merupakan usahasama antara syarikat Samsung C&T dari Korea Selatan yang pernah membina Taipei 101 dan Menara Berkembar Petronas, kumpulan Besix dari Belgium dan Arabtec dari EAB. Turner Construction Company dilantik sebagai pengurus projek pembina.[11] Mengikut undang-undang EAB, pihak Kontraktor dan Jurutera Rekod bertanggungjawab bersama dan berasingan atas prestasi Burj Dubai. Oleh itu, dengan menerima reka bentuk SOM serta dilantik sebagai Jurubina dan Jurutera Rekod, Hyder Consulting menjadi Penasihat Rekabentuk untuk menara ini.
Jumlah perbelanjaan projek Burj Khalifa dianggarkan sekitar AS$1.5 bilion; dan untuk seluruh projek "Downtown Dubai" pula, AS$20 bilion. Mohamed Ali Alabbar, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Properties, ketika berucap di Kongres Dunia ke-8 Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar, mengumumkan bahawa harga ruang pejabat di Burj Khalifa telah mencecah AS$4,000 sekaki persegi (atau lebih AS$43,000 semeter persegi), lebih-lebih lagi Armani Residences yang juga terletak di Burj Khalifa, dijual pada AS$3,500 sekaki persegi (lebih AS$37,500 semeter persegi).

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Garis masa
Januari 2004: Penggalian dimulakan.

Februari 2004: Kerja memantakkan cerucuk dimulakan
.
21 September 2004: Kontraktor Emaar (Samsung-Besix-Arabtec JV) dianugerahkan tugas pembinaan.

Mac 2005: Struktur Burj Khalifa mula dinaikkan.

Jun 2006: 50 tingkat disiapkan.

Februari 2007: Mengatasi Menara Sears sebagai bangunan yang paling banyak tingkatnya.

13 Mei 2007: Mencipta rekod untuk pengepaman konkrit menegak tertinggi di mana-mana binaan pada 452 m (1,483 ka), mengatasi pengepaman konkrit setinggi 449.2 m (1,474 ka) ketika pembinaan Taipei 101, semasa Burj Khalifa mencapai tingkat ke-130.

21 Julai 2007: Mengatasi Taipei 101 yang pernah menjadi binaan tertinggi di dunia pada 509.2 m (1,671 ka), sambil disiapkan 141 tingkat.

12 Ogos 2007: Mengatasi paras antena Menara Willis yang berada pada ketinggian 527.3 m (1,730 ka)
.
12 September 2007: Menjadi struktur bebas tertinggi di dunia pada ketinggian 555.3 m (1,822 ka), sekaligus mengatasi Menara CN di Toronto, sambil mencapai 150 tingkat.

7 April 2008: Mengatasi Menara KVLY-TV sebagai struktur binaan manusia tertinggi pada 629 m (2,064 ka), sambil mencapai 160 tingkat.

17 Jun 2008: Emaar mengumumkan bahawa ketinggian Burj Khalifa mencecah 636 m (2,087 ka) dan ukuran ketinggian muktamadnya tidak akan diumumkan sehingga disiapkan pada September 2009.

1 September 2008: Ketinggiannya mencapai 688 m (2,257 ka), menjadikannya struktur binaan manusia
tertinggi dalam sejarah, sekaligus mengatasi pemegang rekod sebelumnya, iaitu Menara Radio Warsaw di
Konstantynów, Poland.

17 Januari 2009: Peninggian berhenti pada 818 m (2,684 ka).

1 Oktober 2009: Emaar mengumumkan bahawa struktur luaran bangunan telah disiapkan.

4 Januari 2010: Majlis perasmian dan pembukaan Burj Khalifa diadakan. Burj Dubai dinamakan Burj

Khalifa sempena Presiden EAB dan pemerintah Abu Dhabi, Sheikh Khalifa bin Zayed al Nahyan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rekod semasa

Pencakar langit tertinggi hingga paras puncaknya: 828 m (2,717 ka) (mengatasi Taipei 101 – 509.2 m (1,671 ka))

Struktur tertinggi yang pernah dibina: 828 m (2,717 ka) (mengatasi menara radio Warsaw – 646.38 m (2,121 ka))

Struktur wujud yang tertinggi: 828 m (2,717 ka) (mengatasi menara KVLY-TV – 628.8 m (2,063 ka))

Struktur bebas tertinggi: 828 m (2,717 ka) (mengatasi Menara CN – 553.3 m (1,815 ka))

Bangunan yang terbanyak tingkatnya: 160 (mengatasi 1 dan 2 World Trade Center – 110)

Pemasangan lif tertinggi di dunia

Lif terlaju di dunia pada kelajuan 64 km/j (40 bsj) atau 18 m/s (59 kaki/s)(mengatasi Taipei 101 – 16.83 m/s)
Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk bangunan): 606 m (1,988 ka)[26] (mengatasi Taipei 101 – 449.2 m (1,474 ka))
Pengepaman konkrit menegak tertinggi (untuk mana-mana usaha pembinaan): 606 m (1,988 ka)(mengatasi

Loji Tenaga Hidroelektrik Riva del Garda – 532 m (1,745 ka)

Struktur tertinggi dunia pertama dalam sejarah yang menyediakan ruang perumahan

Dek pencerapan luaran tertinggi di dunia

Masjid tertinggi di dunia (terletak di tingkat 158)

Lif yang terpanjang perjalanannya di dunia

Lif perkhidmatan tertinggi di dunia

Pemasangan muka bangunan aluminium dan kaca tertinggi di dunia pada ketinggian 512 m (1,680 ka)

# SUMBER : Wikipeia #

Lawak Oh Lawak XD

Ipan belajar di kelas darjah 1 Tembikai. Ipan budak yang cerdik namun sering dimarah oleh cikgu kerana tidak pandai menggunakan bahasa yang sopan. 

Satu hari Ipan terasa ingin membuang air besar, dia segera meminta izin dari cikgu Azimah guru kelasnya. 

"Cikgu saya nak berak!" jerit Ipan. 

"Kan saya sudah kata banyak kali, gunakan bahasa yang sopan" kata Cikgu Azimah. 

Dengan n

ada yang serius Cikgu Azimah memberi amaran, "Kalau kamu tak pandai guna bahasa yang sopan, saya tidak benarkan kamu ke tandas"

Ipan berfikir sejenak kemudian dia terus berkata

"Cikgu saya mahu mengeluarkan tahi daripada dubur saya" kata Ipan sambil terkentut-kentut.