Sunday, 2 December 2012

Lawak Oh Lawak XD


Ipan belajar di kelas darjah 1 Tembikai. Ipan budak yang cerdik namun sering dimarah oleh cikgu kerana tidak pandai menggunakan bahasa yang sopan. 

Satu hari Ipan terasa ingin membuang air besar, dia segera meminta izin dari cikgu Azimah guru kelasnya. 


"Cikgu saya nak berak!" jerit Ipan. 


"Kan saya sudah kata banyak kali, gunakan bahasa yang sopan" kata Cikgu Azimah. 


Dengan n

ada yang serius Cikgu Azimah memberi amaran, "Kalau kamu tak pandai guna bahasa yang sopan, saya tidak benarkan kamu ke tandas"

Ipan berfikir sejenak kemudian dia terus berkata


"Cikgu saya mahu mengeluarkan tahi daripada dubur saya" kata Ipan sambil terkentut-kentut.

No comments:

Post a Comment